January 19, 2010

Rahsia Cara dan Tabiat Tidur...


Setiap orang mempunyai cara dan tabiat tidur yang tersendiri. Berikut ialah rahsia disebalik cara dan tabiat tidur manusia. Allahualam.

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala

Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.


2. Selubung seluruh badan dengan selimut

Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


3.. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang

Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


4. Tidur meringkuk

Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


5. Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.


7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8. Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?


10. Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!



Rahsia Warna Gincu


Pemilihan warna gincu adalah bergantung kepada citarasa setiap individu. Di sebalik pilihan warna gincu itu terdapat rahsia sikap dan peribadi diri individu tersebut. Dikatakan hanya orang yang berani dan berkeyakinan tinggi selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa gincu merah menaikkan seri wajah si pemakai. Namun tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti merah jambu, perang dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai pelembab bibir sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri.



Pelembab Bibir Tanpa Warna

Biasanya ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan semulajadi kerana ia tidak mengandungi sebarang warna. Mungkin juga golongan ini hanya memilih pelembab bibir atau gincu yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan gaya ringkas yang tersendiri. Personaliti si pemakainya cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang selesa, aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang menenangkan dirinya.


Gincu Warna Merah Jambu Berkilat

Warna ini menaikkan pesona dan kesan seksi kepada si pemakainya. Ia sesuai untuk semua jenis kulit sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.
Gincu Warna Coklat

Warna coklat menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.


Gincu Warna Ungu

Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang ada stail tesendiri dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!


Gincu Warna Jingga

Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjayapelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadangkala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.


Gincu Warna Merah

Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ni. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

Rahsia Bilangan Bunga ROs


Bunga ros selalunya menunjukkan keromantikan seseorang lelaki kepada wanitanya. Walaupun bunga ros akan akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga dari seorang yang tersayang memang tidak dapat dilupakan.

Namun bilangan pemberian bunga ros turut mempunyai makna disebaliknya. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga mengikut bilangan kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja.

Berikut merupakan rahsia bilangan kuntuman bunga :


1 kuntum bunga ros:
Cinta hanya diterima untuk kamu.

2 kuntum bunga ros:
Kedua-dua kita benar-benar cinta mendalam

3 kuntum bunga ros:
Saya cinta kamu

6 kuntum bunga ros:
Saya mahu jadi milikmu

9 kuntum bunga ros:
Cinta sesama kita berpanjangan.

11 kuntum bunga ros:
Hanya kamu seorang yang kucintai dalam hidupku.

12 kuntum bunga ros:
Kepuasan dan keserasian bersama.

13 Roses
Peminat rahsia

24 kuntum bunga ros:
24 jam ingat dan cinta padamu

33 kuntum bunga ros:
Aku cinta kamu dengan cinta yang mendalam.

36 kuntum bunga ros:
Rasa cinta hadir kerana kamu datang pada ku.

44 kuntum bunga ros:
Berkekalan dan takkan berubah.

50 kuntum bunga ros:
Cinta tanpa penyesalan

56 kuntum bunga ros:
Cintaku

66 kuntum bunga ros:
Hubungan cinta yang berjaya.

99 kuntum bunga ros:
Cinta dan kefahaman jadikan cinta berpanjangan.

100 kuntum bunga ros:
keharmonian sepanjang abad, kekal sehingga akhir hayat.

101 kuntum bunga ros:
Tiada cinta lain melainkan kamu.

108 kuntum bunga ros:
Kahwiniku!

111 kuntum bunga ros:
Cinta sejati.

123 kuntum bunga ros:
Kebebasan cinta

144 kuntum bunga ros:
Cinta kamu setiap hari dan malam berpanjangan

365 kuntum bunga ros:
Ingat dan sayangkan kau setiap hari

999 kuntum bunga ros:
Cinta berkekalan dan sejati.

1001 kuntum bunga ros:
Cinta sejati selama-lamanya