October 27, 2009

dalam menumpuhi alam pertunangan....

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.



October 24, 2009

24 Oct 2009

Hari nie pagi2 aku x ada bt ape....dok aje kat umaah....lepak2 kat umah aje.....dlm pukul 1230hpm tunang aku cll aku ajak aku kuar...sambil2 temankn dia g beli barang2 utk dia bk car wash kat putrajaya nie.......syukur aku rs skang nie semakin hr semakin xada pergaduhan antara kami lagi sebaliknya ada kasih sayang yg semakin dlm antara kami berdua......

hurm.....dlm meniti hari2 yg mendatang nie aku kene bersabar mengharungi bermcm2 perangai org yg aku x sk......adalah beberapa org yg aku xsk tu......tp aku bt xtau je la....mls aku nk gaduh2 nie.....lg pun klu di layan lama2 jd mcm org bodoh plak......dn x matang.......ahhh.....lantak la org dengki ke jealous ke......asalkan aku x kacau ngko lantak la.......klu ko kacau aku dlu siap la....jd la pape kat ko.....PEGI MAMPUS LA!!! aku xkn pandang muka ko lagik......klu aku da benci jgn hrp la aku nk tegur ko lg.....arh......mls aku nk amek kesah ko dengki aku ke jealous kat aku ke......lantak ko la......yg penting aku dgn cr aku.....ape yg aku bt, duit aku.....manusia nie xblh lebih org ckit.......mcm la dia tu bgus sgt.......cermin la muka tu dlu sblm nk dengki ngan aku......hebat sgt ke ko tu.......aku x heran la......

erm......skang nie aku xnk pk pape lagi pasal org.....aku nk fokus pada hasrat aku......aku nk kumpul duit.....dan xnk menanggung utang org.......dn aku xnk jd se2tengah org tu buat loan semata2 nk tolong pakwe atau pun laki dia.......mcm tu bt hbs kan duit aku ada lah......klu se2org tu btl2 sygkan kite.....dia xakan menyusahkan kte.........kadang2 aku pelik la dgn perangai se2tgh org nie.....pantang aje tgk org tu duit lbh cikit ckp la mcm2........
hurm....aku xada maksud nk menyindir sape2 pun.......ape yg aku tau zaman skang nie ramai yg bt mcm tu.........aku x mention kat sape2 pun.......

October 06, 2009

hr yg membosankn...

hr nie 061009---
hr yg paling membosankan bg diri aku.....klu la aku ada duit byk....aku nk shopping sepuas2nya....tp ape daya aku.....bln nie aku kne berjimat cermat sbb bln sept lps malang sungguh nasib aku.....huhuhuhu.....aku rs sedey sgt....sbb kamera digital aku rosak, hp aku rosak.....hurm.....smuanya gn duit tu....nape la malang sggt bln sept thn nie......sedeynye aku.......
hr nie jgk da masuk 2 hr aku x berckp ngan tunang aku.....bla aku cll dia xnk jwb langsung.....aku da naik bosan dgn dia skang.....perasaan dia, dia nk aku jg....tp perasaan aku dia x peduli pun.....aku rs tertekan sgt ngan dia.......tp biar la.....aku da amek kptsn x akan hbungi dia lagi slagi dia x cll aku dlu.......aku x akn mengalah.......biasanye asyik aku je yg kne mengalah dgn dia.....kali nie biar dia plak yg mengalah dgn aku.......aku akn ajar dia bgaimn perasaan aku bla dia x sll hbgi aku.....dia ingat dia aje ke yg blh bt perangai? aku pun blh jgk.......kli aku akn buktikan aku nie mcm mn.....aku akn ikt naluri aku......aku akn ingt smp bila2 ape dia da bt pd aku.....aku akn ingt......

hr nie aku da bertekad aku akn diet demi diri aku sendiri bkn krn org len......

September 29, 2009

rancangan ms depan aku.....

hr nie aku kat opis.....tb2 aku terpk nk bt bisness....aku hrap2 hasrat aku nie tercapai la sblm umur aku 30......aku cuma tgh cari kdai skang nie skitar putrajaya.........aku tgk org yg bt bisness nie cpt je meningkat naik......aku harap2 la perancangan aku berjaya smpai bla2.....dn di murah rezeki.......

September 27, 2009

reality hidup aku......

hidup aku nie mudah tp rumit.....alam pertunangan penuh dgn dugaan......bg aku keadaan aku skang da makin teruk.......kadang2 mau aje aku putuskan pertunangan nie....tp ape kan daya aku.....telajak perahu blh undur telajak kata buruk padahnya.......kadang2 nie smua bt aku terpk.........begini rupanya keadaan org bertunang.....byk dugaan......kite di tackle......d ganggu.....kite bergaduh dgn pasangan kite.......ntah la......klu dlu smuanya elok2....tp skang da kuar perangai yg kurang menyenangkan aku.......aku jd buntu skang....
aku xtau smada aku perlu teruskan perhubungan nie......kadang2 aku fed up dgn tunang aku.....dia ingt dia aje.....ape yg aku bt smua nya slh.....ape yg aku perlu bt...aku jd binggung skang.....
ahhhhh......biar la dia aku fed up la aku mcm nie......asyik gaduh aje......ape nk jd dgn aku skang nie........biar la dia dgn cr dia dn aku dgn cr aku......time aku ssh x ada pun nk amek kesah ttg aku.....bila org perlukan sokongan aku pandai la cr aku.....ingt aku nie ape!!!!aku benci la mcm nie...lantak dia la nk jd ape.....aku xkn mengaku kalah mulai dr hr nie......biar tuhan aje yg tentukan smada jodoh nie kekal ke x....

September 14, 2009

IniKaH Yg DiNaMaKaN CiNtA..

Cnta ibarat kupu-kupu.. Makin kau kejar, makin ia menghindar.. Tapi, bila kau biarkn ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.. Cinta mampu membahagiakanmu tp sering pula ia menyakiti, Tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kpd seseorang yang layak menerima. Kpd yg ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. Cinta bukannya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jgn menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh. Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...

June 24, 2009

lunch time......

hr nie ada owg banje mkn opis......domino's.....best la.....first aku mau ucpkan tq kat owg yg banje mkn 2........